Monday, July 19, 2010

Sakit Mata


Salam semua..

Si comel Rania dah lelap. Agak lewat tidurnya malam ni. Sibuk nak bermain dan memanjat. Penat mengejar Rania sampai tak boleh nak buat apa-apa. Lepa sikit sekejap lagi melalaklah dia. Tak terselit celah kerusi, mesti dia terjatuh. Dah adat budak nak membesar. Nak diberi naik walker ayahnya tak benarkan. Tak berapa elok untuk pertumbuhan anak katanya. Memang dari kajian, bayi yang lebih lama merangkak perkembangan otaknya lebih baik. Baru-baru ini keluar berita walker tak baik untuk tulang belakang bayi sekiranya bayi diberi walker sebelum masanya. Bukan apa, walker memang memudahkan ibu-ibu kan? Tak perlu sepanjang masa mengawasi anak yang sedang asyik nak mencuba perkara baru, tidak dapat mengutip sampah di lantai dan macam-macam lagi kerenah si kecil yang sedang lasak.

Semasa Rania di hospital hari tu, mata Rania kelihatan bengkak. Pada mulanya doktor ingatkan kesan ubat tetapi rupa-rupanya sakit mata merah (conjunctivitis). Alhamdulillah Rania tak kena teruk tapi ibu dan ayahnya yang teruk. Mata ni dah sakit hampir sepuluh hari tapi sehari dua ni nampak banyak perubahan. Mungkin jasa Garlic Shaklee yang diambil atas nasihat Mummy (mak mertua). Mummy dah lama amalkan vitamin-vitamin Shaklee. Dah lama jadi ahli dan sehingga sekarang masih aktif menjual Shaklee.

Teringat awal tahun 2001 dulu sepupu saya amalkan Shaklee dan kulitnya yang berjerawat jadi cantik. Masa tu ayahnya aktif dengan Shaklee. Teringin nak membeli dan amalkan Shaklee tapi bila tengok katalognya.. mak aii mahalnya. Masa tu baru mula bekerja dan baru mula nak hidup, terasa produk Shaklee ni mahal. Tapi kini (bukan kerana dah bergaji besar-sekarang tanggungjawab makin banyak) setelah diberi penerangan yang betul, produk-produk Shaklee tidak lah begitu mahal. Perbezaan harganya dari produk lain ialah dari segi kuantiti, bahan-bahannya dan juga kualiti.

Tadi sebut pasal Garlic Shaklee, Garlic (bawang putih) adalah antibiotik semula jadi. Itu salah satu rahsia orang Cina yang suka amalkan penggunaan bawang putih yang banyak dalam masakan mereka. Bila kita sakit, antibodi badan kita menurun. Sebab itu kita sering diberikan antibiotik oleh doktor. Antibiotik yang diberikan doktor untuk sakit mata kali ini nampak tidak berkesan. Mata semakin hari semakin bengkak, mc dari klinik sampai kena disambung. Akhirnya mummy suruh makan garlic. Lebih sedikit pun tak apa katanya. Biar dapat tampung kekurangan antibodi dalam badan. Rasa-rasanya 7 biji garlic ditelan pada hari tu, disambung keesokan harinya dan kesannya mula nampak. Mata dah tidak begitu bengkak, mata pun dah kurang merahnya. Hari ini pergi ke hospital pun atas nasihat doktor klinik kesihatan. Doktor pakar dapati mata dah semakin baik, cuma agak kering kerana air mata banyak sangat keluar sepanjang seminggu ini. Diberi juga mc kerana bimbang dijangkiti pada pelajar pula nanti. Conjunctivitis yang saya kena kali ini lebih kepada virus (viral) berbanding bakteria yang biasanya menyerang. Sakit mata akibat bakteria tak lama. Paling kurang 5 hari sahaja.

Bercerita tentang virus, teringat beberapa tahun lepas saya dijangkiti demam virus sekembali dari melancong dari luar negara. Tiga jenis antibiotik dimakan sepanjang demam sebulan itu. Antibiotik yang terakhir agak kuat (dibekalkan oleh doktor pakar-agak mahal juga ubatnya), kesan antibiotik itu agak ketara pada saya. Hampir setahun saya alah kepada ubatan lain termasuk panadol. Kalaulah pada masa itu saya dah jumpa Garlic Shaklee....

No comments:

Post a Comment