Monday, February 3, 2014

R3.. Rifqa Binti Riza


Ini ahli terbaru keluarga kami.. Rifqa.. gambar diambil pada 2.2.2014 di Water Park Legoland. Rifqa baru 50 hari.. lahir 3.64kg.. semasa mengandungkan Rifqa berat saya naik 5kg sahaja.. bahana mabuk teruk sepanjang mengandung.. tapi alhamdulillah Rifqa macam kakak-kakaknya, Rania dan Rubyna sihat.. masa sebulan dah 5kg jadinya. Rahsianya? Susu ibu yang terbaik dari ladang.

Alhamdulillah saya diberikan rezeki dapat menyusukan anak dengan baik. Tapi kadang kala ada juga masanya susu merundum. Terutamanya semasa penat dan stress.. 3-3 anak saya hanya berpantang 20 hari di rumah emak. Selepas 20 hari di rumah sendiri dan semuanya uruskan sendiri.. mana tak penat dan stress.. Satu rahsia untuk tambahkan susu ialah pengambilan Alfalfa.. kalau diperhatikan kandungan alfalfa memang banyak kelebihannya.

Saya mula menyimpan susu dari 30 hari selepas bersalin.. sekarang dah separuh freezer penuh.. kalau makan alfalfa sehari sebelum.. pagi saya biasanya dapat lebih kurang 7oz dalam masa 20 minit itupun selepas menyusukan Rifqa. Kalau nak kualiti susu yang lebih baik lagi ambil juga ESP.. boleh nampak perbezaan susu kalau ambil ESP..

Kalau tengok gambar di atas.. Rifqa dah mula berketak-ketak tangannya.. belum tengok peha lagi.. insyaAllah nak susukan Rifqa secara eksklusif selama 2 tahun..


Ini set breastfeeding Shaklee.. kalau nak bertanya boleh SMS/Whatsapp saya di 012-2861172