Wednesday, July 21, 2010

Supplements?

Salam..

Alhamdulillah.. Baru selesai makan malam. Tak ada lauk yang menarik, lauk simple aja bila makan seorang ini. Si kecil Rania dah tidur. Penat bermain, makin hari makin lasak dia. Pantang kena tinggal, mesti jatuh. Tadi alang-alang di dapur menghantar dan membasuh pinggan kotor terus telan supplement asas harian. Kalau tak makan terus nanti lupa.

Sejak kecil lagi saya dah diberi makan vitamins dan banyak lagi supplements. Lagi-lagi bila badan kurang sihat. Ada satu tempoh yang saya tak sentuh supplement langsung, tak dibenarkan sebenarnya. Masa tu saya pergi jumpa doktor diet. Dalam tempoh diet tu saya memang tak sentuh makanan berlemak dan bergoreng. Dibekalkan juga ubat untuk bersihkan usus. Bila ke tandas.. hmmm tak perlu cerita la apa yang keluar. Usus kita ni kotor. Macam-macam yang masuk tetapi bukan semua yang keluar. Bila usus kotor, khasiat makanan kita tak dapat diserap dengan baik. Sebab tu kita masih perlu ambil supplement. Bukan senang nak maintain makan makanan sihat (yang tak bergoreng, berlemak dll) dan makanan sihat biasanya mahal!! Lebih mahal dari makanan yang kurang sihat. Kalau tak percaya cubalah.

Kalau ikut, pelbagai supplement yang kita perlukan. Bergantung kepada keperluan badan kita. Untuk orang sihat lain, yang berpenyakit lain, yang mengandung lain, yang menyusu lain. Tapi memang ada yang asas yang perlu kita ambil. Tak wujud sebiji vitamin atau segelas air berkhasiat yang boleh cover semua keperluan badan kita. Jadi jangan mudah tertipu dengan iklan-iklan yang banyak dimajalah atau mana-mana.

Teringat semasa mengandungkan Rania hari tu, sebelum mengandung saya cukup suka susu. Tak perlu pil kalsium untuk cover keperluan kalsium badan. Tapi biasalah, bila mengandung macam-macam boleh jadi. Saya langsung tak boleh minum susu. Masuk susu je, keluar susu kental semula. Susah hati juga. Masa mengandunglah perlu banyak kalsium dalam badan, untuk kegunaan diri sendiri dan bayi dalam perut. Perempuan mengandung selalu kejang malam-malam sebab kurang kalsium la. Sepanjang mengandung memang saya dok telan kalsium shaklee. Rasa nak kejang je terus cari kalsium. Ada sekali semasa pemeriksaan kandungan, staff nurse yang memeriksa kandungan bercerita dia pun asyik telan pil kalsium sebab tak boleh langsung telan susu. Alhamdulillah bila Rania keluar, walaupun hanya 3.1kg, tulang-tulang Rania kuat, tak risau memegang si kecil tu.

Saya rasa ramai yang pernah rasa mata terkedip-kedip dengan sendiri, orang dulu-dulu kata petanda nak menangis tapi sebenarnya kekurangan kalsium. Mula-mula saya tak percaya masa pertama kali suami saya beritahu jadi bila mata terkedip-kedip saya minum susu, tak lama lepas tu terus berhenti. Betul rupanya hehehehe..

Agaknya kalau ada yang membaca blog saya ni akan terfikir banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk beli semua supplements ni. Kalau ikutkan Shaklee pun dia ada cadangkan gabungan supplements untuk keperluan diri. Saya dulu pun terfikir begitu tapi saya teringat pernah dengar cerita di Johor Bahru ada orang menjual secara loose. Hmm.. bagus juga idea tu kan?? So saya nak offer sesiapa yang ingin mencuba supplements Shaklee boleh contact saya di ly9176@gmail.com. Mungkin saya boleh cadangkan gabungan yang sesuai untuk anda dan saya akan jual dalam bentuk loose bagi keperluan sebulan.

Monday, July 19, 2010

Sakit Mata


Salam semua..

Si comel Rania dah lelap. Agak lewat tidurnya malam ni. Sibuk nak bermain dan memanjat. Penat mengejar Rania sampai tak boleh nak buat apa-apa. Lepa sikit sekejap lagi melalaklah dia. Tak terselit celah kerusi, mesti dia terjatuh. Dah adat budak nak membesar. Nak diberi naik walker ayahnya tak benarkan. Tak berapa elok untuk pertumbuhan anak katanya. Memang dari kajian, bayi yang lebih lama merangkak perkembangan otaknya lebih baik. Baru-baru ini keluar berita walker tak baik untuk tulang belakang bayi sekiranya bayi diberi walker sebelum masanya. Bukan apa, walker memang memudahkan ibu-ibu kan? Tak perlu sepanjang masa mengawasi anak yang sedang asyik nak mencuba perkara baru, tidak dapat mengutip sampah di lantai dan macam-macam lagi kerenah si kecil yang sedang lasak.

Semasa Rania di hospital hari tu, mata Rania kelihatan bengkak. Pada mulanya doktor ingatkan kesan ubat tetapi rupa-rupanya sakit mata merah (conjunctivitis). Alhamdulillah Rania tak kena teruk tapi ibu dan ayahnya yang teruk. Mata ni dah sakit hampir sepuluh hari tapi sehari dua ni nampak banyak perubahan. Mungkin jasa Garlic Shaklee yang diambil atas nasihat Mummy (mak mertua). Mummy dah lama amalkan vitamin-vitamin Shaklee. Dah lama jadi ahli dan sehingga sekarang masih aktif menjual Shaklee.

Teringat awal tahun 2001 dulu sepupu saya amalkan Shaklee dan kulitnya yang berjerawat jadi cantik. Masa tu ayahnya aktif dengan Shaklee. Teringin nak membeli dan amalkan Shaklee tapi bila tengok katalognya.. mak aii mahalnya. Masa tu baru mula bekerja dan baru mula nak hidup, terasa produk Shaklee ni mahal. Tapi kini (bukan kerana dah bergaji besar-sekarang tanggungjawab makin banyak) setelah diberi penerangan yang betul, produk-produk Shaklee tidak lah begitu mahal. Perbezaan harganya dari produk lain ialah dari segi kuantiti, bahan-bahannya dan juga kualiti.

Tadi sebut pasal Garlic Shaklee, Garlic (bawang putih) adalah antibiotik semula jadi. Itu salah satu rahsia orang Cina yang suka amalkan penggunaan bawang putih yang banyak dalam masakan mereka. Bila kita sakit, antibodi badan kita menurun. Sebab itu kita sering diberikan antibiotik oleh doktor. Antibiotik yang diberikan doktor untuk sakit mata kali ini nampak tidak berkesan. Mata semakin hari semakin bengkak, mc dari klinik sampai kena disambung. Akhirnya mummy suruh makan garlic. Lebih sedikit pun tak apa katanya. Biar dapat tampung kekurangan antibodi dalam badan. Rasa-rasanya 7 biji garlic ditelan pada hari tu, disambung keesokan harinya dan kesannya mula nampak. Mata dah tidak begitu bengkak, mata pun dah kurang merahnya. Hari ini pergi ke hospital pun atas nasihat doktor klinik kesihatan. Doktor pakar dapati mata dah semakin baik, cuma agak kering kerana air mata banyak sangat keluar sepanjang seminggu ini. Diberi juga mc kerana bimbang dijangkiti pada pelajar pula nanti. Conjunctivitis yang saya kena kali ini lebih kepada virus (viral) berbanding bakteria yang biasanya menyerang. Sakit mata akibat bakteria tak lama. Paling kurang 5 hari sahaja.

Bercerita tentang virus, teringat beberapa tahun lepas saya dijangkiti demam virus sekembali dari melancong dari luar negara. Tiga jenis antibiotik dimakan sepanjang demam sebulan itu. Antibiotik yang terakhir agak kuat (dibekalkan oleh doktor pakar-agak mahal juga ubatnya), kesan antibiotik itu agak ketara pada saya. Hampir setahun saya alah kepada ubatan lain termasuk panadol. Kalaulah pada masa itu saya dah jumpa Garlic Shaklee....

Sunday, July 18, 2010

Rania - 8 bulan


Ini catatan pertama blog ni. Bukan nak lupakan blog lama (yang dah terlalu lama tak update) tapi blog ini saya nak share sesuatu perkara baru. Dalam diam Rania dah masuk 8 bulan. Sekejap je rasanya. Bulan depan genap 2 tahun perkahwinan saya. Satu perkara yang besar dalam hidup seseorang bila berkahwin. Bukan kita berkahwin dengan suami sahaja, dalam budaya melayu, kita berkahwin sekali dengan keluarganya. Dalam masa dua tahun perkahwinan ini (tiga tahun sejak kami mula kenal) banyak yang saya pelajari dari keluarga baru saya. Itulah yang saya nak kongsi di blog ini.

Sebenarnya Rania baru keluar hospital, kerana demam panas. Tak tau la sebab musim atau apa (suami asyik salahkan nursery tempat saya hantar Rania), pihak Hospital Serdang ambil keputusan untuk tahan Rania diwad untuk pastikan semuanya ok. Terima kasih pada Hospital Serdang terutamanya wad 5B kerana telah memberikan layanan yang baik. Sama seperti masa lahirkan Rania 8 bulan lepas. Cukup berpuas hati dengan layanan para doktor, jururawat dan pekerja hospital.

Terhenti sebentar menaip kerana menyusukan Rania. Alhamdulillah, setakat 8 bulan ini saya masih breastfeed Rania. Nak kata 100% tipulah tapi 95% saya breastfeed Rania. Hanya bila di nursery diberi susu formula untuk top up susu badan yang dibekalkan. Sekiranya saya rajin mengepam, tak perlu top up pun.

Semasa di hospital baru-baru ini, seorang doktor telah menegur perkembangan Rania yang mana Rania dah pandai melambai dan tepuk tangan, lebih awal dari kebanyakkan bayi yang seusia dengannya. Alhamdulillah. Teringat masa mengandungkan Rania dulu, orang lain mabuk 3 bulan pertama sahaja, saya mabuk sepanjang 9 bulan mengandung. 80% makanan saya keluar balik, sepanjang 9 bulan mengandung saya cuma naik 6kg sahaja. Jauh lebih rendah dari berat yang sepatutnya tapi alhamdulillah Rania keluar dalam keadaan yang baik. Terbukti hingga sekarang. Saya akan sambung lagi cerita saya, bagaimana saya survive 9 bulan tersebut dan yang bagaimana saya bantu Rania dan keluarga saya. Semoga ketemu lagi.