Sunday, July 18, 2010

Rania - 8 bulan


Ini catatan pertama blog ni. Bukan nak lupakan blog lama (yang dah terlalu lama tak update) tapi blog ini saya nak share sesuatu perkara baru. Dalam diam Rania dah masuk 8 bulan. Sekejap je rasanya. Bulan depan genap 2 tahun perkahwinan saya. Satu perkara yang besar dalam hidup seseorang bila berkahwin. Bukan kita berkahwin dengan suami sahaja, dalam budaya melayu, kita berkahwin sekali dengan keluarganya. Dalam masa dua tahun perkahwinan ini (tiga tahun sejak kami mula kenal) banyak yang saya pelajari dari keluarga baru saya. Itulah yang saya nak kongsi di blog ini.

Sebenarnya Rania baru keluar hospital, kerana demam panas. Tak tau la sebab musim atau apa (suami asyik salahkan nursery tempat saya hantar Rania), pihak Hospital Serdang ambil keputusan untuk tahan Rania diwad untuk pastikan semuanya ok. Terima kasih pada Hospital Serdang terutamanya wad 5B kerana telah memberikan layanan yang baik. Sama seperti masa lahirkan Rania 8 bulan lepas. Cukup berpuas hati dengan layanan para doktor, jururawat dan pekerja hospital.

Terhenti sebentar menaip kerana menyusukan Rania. Alhamdulillah, setakat 8 bulan ini saya masih breastfeed Rania. Nak kata 100% tipulah tapi 95% saya breastfeed Rania. Hanya bila di nursery diberi susu formula untuk top up susu badan yang dibekalkan. Sekiranya saya rajin mengepam, tak perlu top up pun.

Semasa di hospital baru-baru ini, seorang doktor telah menegur perkembangan Rania yang mana Rania dah pandai melambai dan tepuk tangan, lebih awal dari kebanyakkan bayi yang seusia dengannya. Alhamdulillah. Teringat masa mengandungkan Rania dulu, orang lain mabuk 3 bulan pertama sahaja, saya mabuk sepanjang 9 bulan mengandung. 80% makanan saya keluar balik, sepanjang 9 bulan mengandung saya cuma naik 6kg sahaja. Jauh lebih rendah dari berat yang sepatutnya tapi alhamdulillah Rania keluar dalam keadaan yang baik. Terbukti hingga sekarang. Saya akan sambung lagi cerita saya, bagaimana saya survive 9 bulan tersebut dan yang bagaimana saya bantu Rania dan keluarga saya. Semoga ketemu lagi.

1 comment:

  1. teruskan menulis pasal rania ye along...rasanya pengalaman along sangat banyak...nak tunggu duduk semeja share ngan along macam susah sangat, so dapat tau dari sini pon elok jugak... semoga perkongsian along ni dpt bg semangat dan kekuatan pada org lain dalam menghadapi 'dunia baru'...

    ReplyDelete