Monday, March 3, 2014

Jerebu datang lagi.. kesian anak-anak..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (kena praktis ni.. dah nak balik sekolah.. heheheheeh)

Hmm.. dah dua tiga hari cuaca makin buruk.. minggu lepas teringin nak bawak anak-anak ke taman-taman yang banyak di Putrajaya ni.. tapi keluar je rumah tekak dah mula perit dan mata pedih.. tengok nilai IPU tak la tinggi mana tapi memang terasa.. Jadi sebab kesian kat anak-anak bawalah mereka pergi Paradigm Mall.. masuk Jkids Playground.. it is the price to pay with this weather.. anak-anak perlu juga bermain.. melompat untuk kesihatan badan mereka.. bukan bagi makan vitamin je tau.. hehehehe

Semalam baby R3 dah mula selsema dan batuk.. Selsema berjangkit dari R1.. batuk tu mungknin sebab jerebu makin teruk.. R2 je yang nampak masih ok.. Saya sendiri memang sakit tekak.. tu tanda-tanda nak sakit la tu.. Masa ni Nutriferon dari Shaklee memang baik.. malangnya stok dah habis.. baru je order online untuk kegunaan sendiri..


Tak nak tulis panjang-panjang.. apa yang ada di gambar tu pun dah boleh terangkan kebaikan Nutriferon.. macam mana saya gunakan Nutriferon pada masa yang kurang baik seperti ni?? Untuk R1 dan R2 saya letakkan separuh sachet Nutriferon dalam botol susu.. biasanya botol yang pertama pagi-pagi.. sebab mereka biasanya habiskan susu tu.. Untuk R3?? Untuk R3 ibu la kena minum.. so ada dalam susu and sampai pada R3.. biasanya kalau musim biasa-biasa saya ambil satu sachet je seminggu.. mahal menda ni.. so memang berjimat-jimat.. tapi bila tiba musim macam ni.. ambil setiap hari supaya keluarga saya sihat..

Kalau nak tahu apa lagi kebaikan Nutriferon dan vitamin-vitamin lain Shaklee.. boleh hubungi kami di https://www.facebook.com/shakleewithrizaandlily atau SMS/Whatsapp kami di 0122861172 (lily) dan 0129234003 (riza/abang)

Sunday, March 2, 2014

Badan kita seperti Rumah?


Selalu terdengar orang cakap banyaknya vitamin Shaklee nak kena makan.. tak ada ke satu je yang boleh untuk semua.. hmmm.. kalau ada vitamin atau ubat macam tu tak payah la orang susah-susah belajar jadi doktor.. sebab ada satu je ubat untuk semua jenis penyakit..

Hari ini saya gunakan rumah sebagai satu idealogi untuk vitamin shaklee.. kalau kita nak buat rumah.. kena ada batu, besi dan simen untuk bina struktur asas rumah.. sama juga dengan badan kita.. terdiri daripada sel-sel dan tulang yang membentuk struktur asas badan kita.. untuk rumah yang sempurna.. kena ada wiring.. ada paip.. dan kena cat untuk cantikkan dia..

Memang ada banyak set-set dalam shaklee ni.. ada untuk dalam pantang.. menyusu.. kuruskan dan sebagainya.. tapi hari ni saya nak cerita set basic yang sepatutnya kita mula ambil untuk 'rumah' yang lebih cantik dan kukuh..


Ini set basic shaklee.. apa kaitannya dengan 'rumah' yang kukuh.. 

Produk 1: Energizing Soy Protein (ESP)
Protein berguna untuk membina sel-sel baru dalam badan kita.. kalau dilihat kepada komposisi badan kita.. 25% adalah terdiri protein.. dari mana punca protein? dari daging.. ayam dan banyak lagi.. tapi apabila dimasak kandungan protein akan banyak hilang.. jadi satu cara yang paling mudah ialah mengambil ESP.. insyaAllah saya akan buat satu pos khas kenapa ESP dari shaklee ini istimewa.. jadi.. kita dah bantu 'rumah' kita dengan pembinaan dinding yang kukuh..

Produk 2: Vitamin C
Vitamin C pula berfungsi untuk menguatkan sel-sel yang kita bina dari protein.. jadi macam simen yang lindungi batu bata yang kita gunakan untuk buat rumah kita.. Vitamin C juga boleh membantu untuk mempercepatkan pemulihan luka-luka.. Ia juga boleh menguatkan imunisasi badan kita. 

Produk 3: B-Complex
B-Complex berfungsi untuk menukarkan makanan kepada tenaga.. macam paip air dan sistem elektrik dalam rumah kita.. ada air.. ada elektrik.. kita boleh berfungsi dengan lebih baik dalam 'rumah' kita.. ia juga boleh membantu untuk melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf.. banyak lagi kebaikan B-Complex ni.. nanti saya kongsi di entri lain..

Produk 4: Vitalea
Vitalea ni macam cat rumah.. dia akan melengkapkan rumah kita agar lebih cantik kerana Vitalea berfungsi sebagai pelengkap nutrisi.. kualiti makanan kita makin merundum.. lagi-lagi kepada yang sering makan di luar.. sayur dah layu.. bahan penambah perasa makanan banyak digunakan.. jadi kita perlu bantu dengan melengkapkan nutrisi yang kurang.. tadi ESP dah bina sel baru.. Vitamin C pula kuatkan sel-sel tersebut.. jadi Vitalea pulak memastikan sel itu hidup..

Jadi di sinilah rumah kita lebih kukuh.. lebih cantik.. lebih terlindung.. siapa yang inginkan 'rumah' yang lebih baik? boleh hubungi saya dengan SMS/Whatsapp 0122861172 (lily) dan 0129234003 (riza) .. promosi bulan Mac.. ESP!! jadi dapatkan dengan harga yang terbaik..

Monday, February 3, 2014

R3.. Rifqa Binti Riza


Ini ahli terbaru keluarga kami.. Rifqa.. gambar diambil pada 2.2.2014 di Water Park Legoland. Rifqa baru 50 hari.. lahir 3.64kg.. semasa mengandungkan Rifqa berat saya naik 5kg sahaja.. bahana mabuk teruk sepanjang mengandung.. tapi alhamdulillah Rifqa macam kakak-kakaknya, Rania dan Rubyna sihat.. masa sebulan dah 5kg jadinya. Rahsianya? Susu ibu yang terbaik dari ladang.

Alhamdulillah saya diberikan rezeki dapat menyusukan anak dengan baik. Tapi kadang kala ada juga masanya susu merundum. Terutamanya semasa penat dan stress.. 3-3 anak saya hanya berpantang 20 hari di rumah emak. Selepas 20 hari di rumah sendiri dan semuanya uruskan sendiri.. mana tak penat dan stress.. Satu rahsia untuk tambahkan susu ialah pengambilan Alfalfa.. kalau diperhatikan kandungan alfalfa memang banyak kelebihannya.

Saya mula menyimpan susu dari 30 hari selepas bersalin.. sekarang dah separuh freezer penuh.. kalau makan alfalfa sehari sebelum.. pagi saya biasanya dapat lebih kurang 7oz dalam masa 20 minit itupun selepas menyusukan Rifqa. Kalau nak kualiti susu yang lebih baik lagi ambil juga ESP.. boleh nampak perbezaan susu kalau ambil ESP..

Kalau tengok gambar di atas.. Rifqa dah mula berketak-ketak tangannya.. belum tengok peha lagi.. insyaAllah nak susukan Rifqa secara eksklusif selama 2 tahun..


Ini set breastfeeding Shaklee.. kalau nak bertanya boleh SMS/Whatsapp saya di 012-2861172